Tuesday, December 28, 2010

dirimu yang seperti diriku......

Tatkala aku mencoret nukilan ini,
Pintaku pada ArRahman, diampunkan segala penyakit hati,
Dan atas segala kekhilafan diri.
Di saat Allah masih mengizinkan udara memenuhi nafas,
Badan mengandung nyawa, dan lisan untuk melafaz,
Aku memilih menutur bicara menerusi warkah cinta untuk makhluk indah dicipta Tuhan,
Dari Hawa untuk Hawa, iaitu kamu yang seperti diriku.


Kamu yang seperti diriku,
 
Tidak kunafi, kamu cantik, 
Lakaran terindah ciptaan Tuhan,
Menawan dan memikat hati sesiapa yang memandang,
Terutama pada pandangan mata sang Adam.
Namun, tika mata mereka tertegun dengan lenggok tubuhmu yang terdedah,
Lalu rambutmu menghias mimpi-mimpi mereka,
Hatiku terselubung rasa hiba,
Kerana rasa sayang dan cinta,
Bukan kerana daku cemburu, 
Tetapi antara kitalah ramai ke neraka, 
Yang aku pasti tak terjangkau seksanya,
Yang sudah pasti berjuta kali ganda panasnya,
Dibanding dengan marak api di dunia.


Kamu yang seperti diriku, 

Aku pernah di tempatmu, 
Detik ketika aku bebas berpakaian, dan berteman,
Bahagia dengan hiburan dan pujian, 
Bangga mempamer perhiasan,
Padahal yang sebenarnya ia milik Tuhan.
Aku tahu tentang aurat, dosa, dan pahala, 
Namun dalam kamus duniaku ia tiada mengandung makna.
Bukanlah aku tidak fahami tentangnya, 
Namun seakan mahu tidak memahaminya, 
Kerana itu pilihanku..


Tuhan ternyata sayang,
 
Mahu aku pulang, melalui satu peringatan,
Bahawa KekasihNya menangis, wahai kamu yang seperti diriku..
Rasulullah yang kasihkan umatnya itu menangis…
Kerana diperlihatkan segolongan dari kita menanggung dahsyatnya azab di akhirat sana..


Segolongan antara kita ada yang tergantung rambutnya dan otaknya menggelegak,kerana tidak menutup rambut,
 
tergantung lidahnya kerana memaki dan menyakiti hati suaminya,
memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka,
kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar kerana mengumpat dan mendusta,
berupa seperti anjing kerana membuat fitnah dan membenci suaminya,
dan banyak lagi, yang tidak mampu kuteruskan bacaan kerana gentarnya diriku wahai dirimu..
Nauzubillahi min zalik,Aku memohon dari perkara sebegitu berlaku ke atas kita..


Wahai dirimu yang seperti diriku, 

Apakah kamu tidak gentar seperti diriku?
Tentang pembalasannya yang tak tertanggung
Sedangkan pintu kebaikan mampu kita cari,
Kerana janjinya,Allah memudahkan kita ke syurga…


Wahai dirimu yang seperti diriku,
 
Dan kini, aku tahu dan kamu tahu,
Istighfarlah..
Lalu jangan didustakan lagi tentang apa yang kamu kini tahu,
Buanglah sejauhnya segala jahiliah diri,
Kembalilah dengan satu hati yang suci,
Tanda hijrah hamba yang sejati.




Dari,
 
DIRIKU, insan lemah yang mencintai DIRIMU....   

http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/25991-warkah-hijrahdirimu-yang-seperti-diriku/

Wednesday, October 20, 2010

"Tidak akan masuk syurga kecuali orang yang penyayang."


"Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri. - H.R. Bukhari
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan erti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda :
"Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap sudaranya lebih dari tiga hari." (HR. Muslim).
Di sini jelas bahawa kita dianjurkan sekali untuk saling menjaga dan menghargai antara satu sama lain sebagai tanda kasih sayang.
Dalam hadis Nabi SAW :
"Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin)." - HR. Muslim
Bahkan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Baihaqi melalui Anas ra. Nabi SAW bersabda :
"Tidak akan masuk syurga kecuali orang yang penyayang."
Jadi jelas bahawa yang masuk surga itu hanyalah orang-orang yang mempunyai rasa kasih sayang yang tanpa dibayangi dengan niat-niat jahat.
Rasa kasih sayang yang diniatkan kerana Allah, bukan kerana keuntungan dan kesenangan duniawi.
Makna kasih sayang tidaklah berhujung, sedangkan rasa kasih sayang adalah sebuah fitrah yang mesti direalisasikan terhadap sesama anusia sepanjang kehidupan di dunia ini ada.
Ini bererti bahawa Islam tidak mengenal waktu, jarak dan tempat akan sebuah kasih sayang baik terhadap teman, sahabat, kerabat, dan keluarganya sendiri.

Kasih Sayang

Album : Demi Masa
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com



Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri


Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan


Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka


Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti


Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan


Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri


Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana

Sunday, August 29, 2010

''mujahadah hati''

apa guna cinta..bila ia buat kita lupa pada cinta Pencipta.....


apa guna pujian... bila ia buat kita lupa bersyukur pada Pemberi kurniaan....


apa gua harta... pabila ia membuat kita 


resah gelisah hati menjaganya kerna dek 


lupa untuk bertawakal kpdNya....
                                                                                                       
                                                                                                         -made by me-

Saturday, August 21, 2010

''REFRESH'' hati....

Bila kita memulakan sesuatu...

Kadang-kadang kita lupa letakkan niat

Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah

Sebab tu bila ada masalah,

Kita cepat menyerah...

Bila kita berniat..
.

Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,



Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,

Sebab tu bila kerja tak menjadi,

Kita mula angkat kaki...

Bila kita berusaha...

Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,

Siang malam kerah tenaga dan masa...

Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,

Kita mudah putus asa...

Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...

Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.

Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.

Sebab tu bila dilanda masalah,

Kita marah tak tentu hala...

Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...

Kadang-kadang kita tetap alpa,

Nak sebut Alhamdulillah pun payah,

Berdoa pun sekali sekala,

Bersyukur sekejap cuma..

Sebab tu bila kita berjaya,

Allah datangkan ujian dan musibah...

Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,

Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..

Membenci diri memusuhi nadi.

Sedangkan...

Kita manusia ciptaan Allah,

Bernafas di udara yang sama,

Bila lemah Allah itu ada,

Bila derita Allah itu bersama,

Senang, susah, sedih, gembira...

Allah takkan lupa pada langkah kita.




Tapi sememangnya lahiriah kita,

Kadang-kadang lebih suka dipuji,

Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,

Kadang-kadang lebih suka dicintai,

Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,

Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,

Tapi lupa Allah sedang memerhati...



Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,

Kerana dalam firman Allah; 


"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"



Kerana itu..

Pada masalah harus bersabar dan redha

Pada ujian harus tabah dan teguh

Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal

Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..



Sama tetapi tidak serupa,

Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana

Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana

Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana

Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...

Di sana itulah yang perlu kita kejar,

Agar dunia mengikuti dengan redha...


Di sana,

Akhirat yang pasti...

Syurga yang terindah,

Atau

Neraka yang menyala!


Thursday, August 19, 2010

RENUNGAN BERSAMA

Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.




http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2868

Thursday, August 12, 2010

Puisi KCB oleh Sheikh Jalaluddin al-Rumi

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..
Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

Monday, July 12, 2010

Hadirnya kesedihan...

Kesedihan....
Engkau sering datang x diundang,
Engkau menjelang tanpa ungkapan salam,
Engkau menerpa masuk tanpa dijemput,
Engkau hinggap lekat diberbagai sudut,

Dengan wajah yang menyimbah resah,
Dengan lidah yang menenempah gundah,
Dengan cara yang membawa lara,
Dengan bahasa yang menjelma duka,
Bagimu rupa yang bermacam warna,
Hinggaku lupa membezakan nama,

Kesedihan, pada awal ku mengenalmu aku agak terkedu,
Wajahmu nan suram seakan hidup menjadi kelam,
Aku terdiam dan terbungkam,
Siang bagaikan malam,
Cahaya bagaikan kelam,

Kau cuba palutkan rasa takut dan kalut,
sehingga nafas menjadi semput dan susut
lantas kau rampas ceria hidup yang dihirup

kesedihan, tika ini telah lama ku mengenalimu,
apa tidak sering kau lalu dan bertamu,
entah berapa kian kali kau datang kesini,
entah berapa waktu ku engkau ganggu,
entah berapa medan dah kau ku tentang
entah berapa lama kita berkawan tanpa saying,
datang dan pulangmu sama sahaja,
hadir dan pergi tiada bezanya...
kesedihan! Sejak  dulu apa yang kutahu...
setiap kali kulihat rupa sayumu,
       kupanggil shahdu nama tuhanku,
setiap kali ku dengar telapak kakimu bergerak, ku seru tuhanku dengan sebak....
    setiap kali ku rasa kau mula mulangkah,,,
jiwaku pasrah pada allah kuberserah

kesedihan! Kutahu,,,
kau kan terus datang, sukar dihalang...
kau kan terus bertamu, sukar dijemu...

namun pabila kita berjumpa....
engkau akan hambat dengan air mata munajat
kau kan lontar dengan esakan istighfar
kau kan ku siaga dengan tangisan doa
kau kan ku gempur dengan rasa bersyukur...

kesihan hadirlah jika itu mahu
moga jelmamu selalu membangunkanku pilu di malam syahdu
untuk ku basahi pipi dengan meratapi:
ya rabbi Kasihi hambaMu ini....

 (karya DR, Mohd Asri Zainul Abidin)  http://drmaza.com/home/?p=590